Segala kecuakan sudah tamat. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cuaknya diri 2 minggu ni. Tak boleh tidur, resah semacam, sampai keluar ke mimpi. ya Allah, aku bersyukur kepadamu..tatkala diriku sering melakukan kesilapan dan dosa, engkau masih memberikan aku rezeki ya Allah..
Terima kasih ya Allah..
Mungkin aku sentiasa berada di atas, dan bila tiba2 berada di bawah, aku mulai tidak bersyukur.
Syukur? Apa tu syukur?
Perkataan syukur terbit dari kata 'syukran' yang bermaksud ucapan terima kasih. Dari segi pengertian syukur bermaksud sesuatu tindakan, ungkapan atau niat di hati sebagai tanda berterima kasih atas nikmat Tuhan kepada kita.
Apakah nikmat yang dimaksudkan dalam ayat tersebut? Sedar atau tidak, semua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah nikmat. Nikmat sihat dan sakit, nikmat senang dan susah.. itu semua adalah nikmatNya yang tidak terhingga nilainya dan apakah kita masih tidak bersyukur?
Kadangkala kita lihat ada orang yang selesa dengan apa yang seadanya bagi mereka, tetapi ada juga kelompok yang seakan tidak pernah cukup akan nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Dalam diri sendiri juga kadangkala terdetik masih tidak pernah berasa puas apa yang dimiliki.
Ada yang lekas sedar akan hal tersebut dan segera bertaubat, tetapi malang bagi mereka yang hanyut mengejar kenikmatan dunia yang tiada noktahnya. Takut nanti terlalu asyik dengan nikmat itu, boleh menimbulkan sifat ego seterusnya membawa kepada kekufuran.
Bagi aku, kaedah terbaik untuk kita mudah berasa syukur ialah selalu melihat orang yang berada di bawah kita, bukan di atas. Hal ini kerana, apabila kita melihat mereka yang taraf hidupnya di bawah kita, automatik kita akan teringat dengan apa yang sudah kita miliki.
Syukurnya aku kepada Allah dengan kedudukan aku sekarang, yang aku tak pernah bayangkan suatu masa dahulu. Perjalanan hidup individu tidak akan pernah sama, dan aku merasai fasa - fasa genting itu, dan sampai ke hari ini aku tak akan lupakan asal usul aku dan aku merasai fasa - fasa genting itu, dan sampai ke hari ini aku tak akan lupakan asal usul aku.
Senior aku pernah cakap,
"semua ini memang wujud dalam hati sanubari manusia. akan sentiasa ade rase ingin lebih daripada manusia dlm sesuatu perkara.
dengan menjadi lebih itu akan timbul rasa lega dan puas hati.
dan boleh jadi puas hati akan mendorong ke arah riak dan takabbur.
itulah yg dikatakan jika kita disuapkan dgn pangkat dan darjat serta sesuatu kejayaan yg sgt signifikan, boleh jadi itu sbg satu modal utk kita lebih jauh drpd apa yg dinginkan oleh-Nya.
namun, ketahuilah, apabila dihulurkan dgn sesuatu yg tidak mencapai keinginan kita, nescaya kita akan lebih berfikir ttg berbagai perkara.
contohnye kita akan rase betapa lemahnya diri kita.kerna segala-galanya akan jadi, sekiranye diizikan oleh-Nya.
selain itu, kita juga dpt melihat betapa adilnya Tuhan kita. Kita akan berfikir, sekiranye semua mengecapi sesuatu tahap yg sama, maka tidak nampak keunikan di situ. kita rase lebih bersyukur.
aku tak dpt nafikan, aku turut pernah merasa spt kau. teringin berada di atas, selalu, kalau boleh tak akan berada di bawah. tapi dalam proses ini, kita akan lebih belajar drpd semua ini.insyaAllah.''-
cuba bayangkan diri kita berada dalam penjara dan diseksa tiap hari, apa benda yang paling teruk yang boleh kena pada kita?
Mati? Tidak sama sekali. Dengan mati kita akan kembali kepada pencipta kita , dengan mati segala keseksaan di dalam penjara itu akan berhenti. Dengan bekalan dan persediaan yang cukup kita boleh mati dengan tenang. Kalau tak memang sampai bila-bila kita akan terseksa.
see?
'the worst thing could be the best thing'.
mari kita sama-sama bersyukur dengan apa yang ada. insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment